Dengan mengklikan butang kebenaran di akhir notis ini, anda memberikan persetujuan anda kepada Yayasan Bank Rakyat (“YBR”) memproses data peribadi yang berikut seperti yang diberi oleh anda dan/atau pembekal perkhidmatan yang dilantik oleh YBR dan/atau yang diperolehi daripada domain awam:
- Nama;
- Nombor kad pengenalan / paspot;
- Butir-butir perhubungan termasuk nombor telefon, alamat emel dan alamat surat-menyurat
- Butiran maklumat pendidikan; dan
- Semua data peribadi lain yang diberikan oleh anda dan/atau oleh pembekal perkhidmatan dan/atau yang kami perolehi daripada domain awam.
Kami akan memproses data peribadi tersebut bagi tujuan-tujuan yang berikut:
- Untuk mempertimbangkan, menilai dan memilih anda untuk biasiswa YBR;
- Untuk pemeriksaan latar belakang dan keselamatan (di Malaysia atau di peringkat
- Untuk tujuan pentadbiran;
- Untuk akses dan keselamatan di dalam YBR dan syarikat-syarikat yang berkaitan
- Untuk tujuan perhubungan.
Kami memerlukan maklumat data peribadi anda. Sekiranya anda gagal untuk menyediakan semua maklumat data peribadi seperti yang diminta, kami tidak dapat menyimpan rekod yang lengkap mengenai anda, dan ini akan menjejaskan keupayaan kami untuk memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas.
Penzahiran maklumat anda
YBR mungkin menzahirkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut :
- Ejen-ejen, pembekal-pembekal perkhidmatan (termasuk yang berada di luar negara) dan pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan tujuan data peribadi dikumpul termasuklah perkhidmatan-perkhidmatan pemprosesan data;
- Mana-mana individu di bawah kewajipan kerahsiaan yang telah mengaku janji untuk memastikan data tersebut dirahsiakan;
- Syarikat-syarikat yang berkaitan dengan YBR (termasuk Bank Rakyat dan syarikat-syarikat kumpulannya);
- Institusi pendidikan yang relevan; dan
mana-mana organisasi yang menawarkan program biasiswa, jika YBR tidak mampu untuk menawarkan biasiswa untuk calon tetapi hendak menyokong calon untuk mendapat biasiswa dari organisasi yang lain.
Kami tidak akan mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga tanpa persetujuan anda. Walau bagaimanapun, kami mungkin akan mendedahkan data peribadi anda jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang atau secara suci hati, jika tindakan tersebut adalah perlu untuk mematuhi keperluan mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang.
Maklumat-maklumat sensitif
Dengan mengklikan butang kebenaran di akhir notis ini, anda memberikan kami persetujuan nyata anda untuk kami memproses data peribadi sensitif anda seperti kesihatan mental atau fizikal anda, kepercayaan agama anda dan pelakuan apa-apa kesalahan (jika ada) bagi tujuan- tujuan yang dinyatakan di atas atau seperti yang diperlukan oleh undang-undang.
Kami juga mungkin akan mendapatkan maklumat sensitif anda daripada pihak-pihak lain apabila ia dibenarkan di bawah undang-undang.
Akses, Pembetulan dan Aduan
Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan atau aduan atau permohonan untuk mengakses atau membetulkan atau menghadkan data peribadi anda, anda boleh melayari laman web kami atau menghubungi Pegawai Data Peribadi kami emel kepada admin@yayasanbankrakyat.com.my.