Pembiayaan Tanpa Insentif (Loan Without Incentive-LWI)

 

1. LWI adalah pembiayaan yang disediakan tanpa insentif. Tiada sebarang jumlah diskaun bayaran balik pembiayaan akan diberikan. Pelajar perlu membayar pembiayaan berdasarkan jumlah yang telah dikeluarkan tanpa sebarang kadar keuntungan.

 

2. Pembayaran balik pembiayaan ini berkuatkuasa selepas pengeluaran pertama dilakukan yang mana sebanyak 20% daripada jumlah pengeluaran akan dibayar ketika dalam pengajian pelajar (2 tahun – Master; 3 tahun – Ph.D). Ilustrasi pembayaran balik adalah seperti contoh dibawah;

 

i. Contoh 1(Peringkat Master)

Pelajar A (Jumlah Yuran)

RM15,000 @ 4 semester

Pengeluaran per semester

RM3,750

Kaedah Bayaran

20% daripada pengeluaran /6 bulan

Ansuran Bulanan

RM 125.00

*Dalam kes ini pelajar dikehendaki untuk membayar; RM3,750 x 20% = RM 750 for 1st semester.

 

 

ii. Contoh 2 (Peringkat Ph.D)

Pelajar B (Jumlah Yuran)

RM24,000 @ 6 semester

Pengeluaran per semester

RM4,000

Kaedah Bayaran

20% daripada pengeluaran /6 bulan

Ansuran Bulanan 

RM 134.00

*Dalam kes ini pelajar dikehendaki untuk membayar RM4,000 x 20% = RM 800 for 1st semester.

 

3. Jumlah pembiayaan adalah seperti berikut;

Level

RM

Ph.D

Sehingga 24,000.00

Master (Kerja Kursus / Penyelidikan)

Sehingga 15,000.00

 

4. Permohonan hanya diterima secara atas talian di portal YBR (www.yayasanbankrakyat.com.my).

5. Pemohon harus melengkapkan semua butiran yang diperlukan. Permohonan yang TIDAK lengkap tidak akan diproses oleh pihak YBR.

6. Segala butiran permohonan haruslah disertakan dengan dokumen yang perlu dimuat naik pada ruangan yang telah disediakan.

7. Butiran tanggunggan haruslah disertakan salinan kad pengenalan atau surat beranak tanggungan tersebut. Hanya tanggungan dengan dokumen sokongan sahaja yang akan diambil kira dalam pengiraan tanggungan.

 

Syarat Kelayakan Memohon

1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur tidak kurang 25 tahun.

3. Terbuka kepada peringkat pengajian Sarjana dan Ph.D.

4. Pemohon adalah dikehendaki untuk menyediakan dua (2) orang penjamin dengan pendapatan kasar minimum RM 1,000.00 serta berkhidmat samaada di sektor awam atau sektor swasta sahaja.(Bekerja sendiri adalah tidak diterima)

5. Jumlah pembiayaan hanyalah merangkumi yuran pengajian sahaja.

6. Permohonan terbuka kepada semua institusi awam dan swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

7. Kursus pengajian yang diikitiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).

8. Keutamaan diberikan kepada anggota Bank Rakyat.